Monday 13 February 2012

Wednesday 4 January 2012

KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR.

Manusia menjalankan aktiviti harian dengan berinteraksi dengan alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup. Kesan interaksi yang melampau akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Antara contoh aktiviti manusia yang menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar ialah penggunaan racun perosak, penggunaan bahan api, kenderaan bermotor, perumahan, perkilangan dan sebagainya

Terdapat beberapa kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar :

 1) Pulau Haba



Pulau haba ialah satu fenomena dimana wujud ketidakseimbangan suhu disesuatu kawasan akibat beberapa perkara.Pulau haba ditakrifkan sebagai peningkatan suhu sesebuah bandarberbanding suhu di kawasan sekitar. Contohnya, suhu di Lembah Klang (Kuala Lumpur) ialah beberapa darjah Celsius lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya. Kawasan bandar menjadi pulau haba.

Punca :
Faktor-faktor yang menyebabkan fenomena pulau haba :

1. Bangunan konkrit dan permukaan berturapmenyerap dan menyimpan haba lebih cepat daripada tanah dan tumbuhan di luar bandar
2. Susunan bangunan yang rapat menghalang laluan tiupan angin
3. Binaan bangunan yang terdiri daripada cermin dan kaca juga memerangkap haba
4.Konkrit dan asfalt juga membebaskan haba secara perlahan-lahan pada waktu malam
5.Sisa haba daripada penyaman udara, kilang dan kenderaan bermotor
6. Kekurangan tumbuh-tumbuhan untuk menyerap haba matahari. Tumbuh-tumbuhan mampu menyerap gas karbon dioksida dan menyederhanakan suhu.

Langkah mengurangkan fenomena pulau haba

1. Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar atau program penghijauan bandar dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rizab bandar. Pokok-pokok ini mampu mengekalkan kelembapan udara di samping menyerdahankan suhu. Contoh gambar




2. Mengawal aktiviti perlepasan gas-gas rumah hijau secara sewenang-wenangnya dari sumber kenderaan, industri dan pembakaran terbuka menerusi penguatkuasaan undang-undang. Contoh gambar


3. Mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil yang banyak membebaskan gas rumah hijau sebaliknya mengunakan atau memanafaatkan sumber tenaga alternatif seperti tenaga suria dan hidro elektrik. Contoh gambar  ::



4. Mengurangkan penggunaan peralatan yang banyak membebaskan CFC seperti pendingin hawa, peti sejuk, alat-alat semburan yang jelas boleh menipiskan lapisan ozon yang kelak mempengaruhi kemasukan bahangan matahari ke bumi tanpa halangan.Contoh gambar ::



5. Melaksanakan kempen kesedaran khususnya kepada penduduk bandar seperti kempen kongsi kereta. menggunakan sistem pengangkutan awam yang mampu mengurangkan perlepasan gas-gas rumah hijau di bandar.Contoh gambar ::




[klik link dibawah untuk nota dan latihan berkaitan Pulau Haba]
http://www.scribd.com/doc/16750881/fenomena-alam-sekitar-hujan-asid-penipisan-ozonpulau-habarumah-hijau-jerebu
    [klik link dibawah untuk menonton video berkaitan Pulau Haba]




    2) Tanah Runtuh
    Fenomena tanah runtuh bermaksud sebarang pergerakan fizikal,jisim serta bentuk asal tanah sesuatu kawasan. Tanah runtuh juga bermaksud gelinciran tanah yang akan menyebabkan perubahan landskap bentuk muka bumi. Aktiviti manusia seperti pembalakan hutan, pembinaan struktur banggunan di cerun-cerun bukit akan menyebabkan kelongaran struktur tanah kerana akar pokok berfungsi untuk mencengkam tanah agar ianya lebih stabil.


    Punca :
    Faktor-faktor yang menyebabkan fenomena tanah runtuh :
    1. Aktiviti penebangan pokok secara tidak terkawal
    2. Pembinaan perumahan dikawasan cerun bukit
    3. Pembinaan jalan raya
    4. Bencana Alam
    5. Perlombongan dan pertanian

    Langkah mengatasi tanah runtuh :
    1. Membina tembok Gabion


    2) Pencemaran Air


    3) Penipisan Lapisan Ozon


    4) Kepupusan Flora dan Fauna



    5) Kesan Rumah Hijau




    serta banyak lagi.